Terdapat
seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan
untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang
ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat
kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk
mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil
yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf ata
perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."
1
" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap
kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam,
aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi
begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.
" Wahai anak muda,
mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu
hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan
wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada
golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.
2
Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka
sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam
hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun
bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan
yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya
solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna
solat,maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"
3 Pemuda
itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku
lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila
aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu
gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu. "
Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram,wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.
4 " Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi
batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan
guru?"
Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan
manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu
hayatnya.Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada
manusia yang menderhakai ibubapanya."
5 " Ku lihat ada pula
mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya
dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.
" Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim.
Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur
sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah
bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari
bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah
tersebut.
6 " Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat,
sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku
menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya
dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"
" Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.
7 " Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya
senantiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian
halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.
Jawab ahli ibadah
tersebut. " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu.
Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah
golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t.
baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."Ingatlah, sesungguhnya
daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan
kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita
lakukan, hatta amalan sebesar zarah sekalipun. (Sumber: naq shbandiyun.
blogspot. com)
Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati kita yang telah lama terkunci
*Sumber : Cantik Dengan Jilbab*
Tidak ada komentar:
Posting Komentar